Adik-beradik PM Lee menyoal kepemimpinannya di Facebook

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Pada jam 2 pagi tadi (14 Jun 2017), Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang, telah mengeluarkan kenyataan bertajuk  ‘What Has Happened to Lee Kuan Yews’s Values?’

Orang ramai boleh membaca kenyataan penuh dan ringkasannya di sini. Kedua-dua adik PM Lee menunjukkan kekecewaan mereka dengan mengatakan:

“Sejak peninggalan mendiang Lee Kuan Yew… Kami berasa terancam dengan Hsien Loong menyalahguna tempat dan pengaruhnya di kementerian Singapura hanya untuk mencapai agenda peribadinya. Kami risau akan sistem ini mempunyai kekurangan semakan untuk mengelak pihak kementerian menyalahguna kuasa.”

Mereka juga menambah tentang perobohan rumah lama mendiang Lee Kuan Yew, 38 Oxley Road. Wei Ling dan Hsien Yang telah menuduh abang mereka kerana salah menterjemah niat mendiang Lee Kuan Yew untuk mendapat manfaat politikal. Selain dari itu, mereka juga mengatakan PM Lee membuat sebegitu supaya keluarganya boleh mendapat hasil keturunan daripada pihak berkuasa Lee Kuan Yew, dan Hsien Loong juga telah memaksa dan menyuruh mereka supaya tidak berbincang tentang harapan terakhir bapa mereka.

PM Lee telah mengeluarkan kenyataannya di Facebook. Menurutnya, dia amat kecewa tentang tuduhan adik-adiknya. Sebagai anak sulung dia telah cuba yang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu keluarga untuk menghormati mendiang ibu bapanya.

Berkenaan rumah mendiang Lee Kuan Yew, beliau telah menulis dalam wasiatnya bahawa beliau dan isterinya inginkan rumah di 38 Oxley Road untuk dirobohkan selepas peninggalannya. Walau demikian, PM Lee telah meminta Lee Tzu Yang, pengerusi Esplanade, untuk mempengerusikan jawatankuasa yang akan mendapatkan pandangan-pandangan dari orang awam dan mengeluarkan konsep untuk sebuah memorial bagi para pendiri negara.

 

Sumber: Channel News Asia

 

Sumber: Channel News Asia

 

Ternyata, ini adalah satu pertelingkahan keluarga yang seharusnya dibincangkan di kalangan mereka adik-beradik secara peribadi dan bukan di media sosial.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments