Adat perkahwinan Melayu tidak diperingati?

Aku Nikahkan Kau!, Sembang-sembang je

Baru-baru ini sebuah post yang ditulis oleh Fairoz Hussin telah menjadi viral di laman media sosial Facebook. Dalam post tersebut, dia mengkritik remaja-remaja dan orang muda yang memakai pakaian yang tidak sesuai dan berlagak kurang sopan. Kami telah senaraikan apa yang dikongsi oleh Encik Fairoz:

 

  1. Karaoke

Jikalau kita menghadiri majlis perkahwinan, pasti ramai yang beratur untuk menyanyi dan menunjukkan bakat masing-masing dengan memilih lagu-lagu yang kurang elok untuk sebuah majlis perkahwinan. Seringkali, ini akan mengganggu mereka yang sedang makan.

 

  1. Pakaian yang kurang tertib

Remaja dan orang muda masa kini sering memakai pakaian yang tidak beradab ke majlis perkahwinan. Ada sesetengah kaum lelaki yang memakai pakaian santai seperti seluar bermuda dengan baju berlengan pendek supaya dapat menunjukkan tatu di tangan masing-masing. Ada sesetengah kaum wanita pula memakai seluar jeans yang ketat dan koyak serta baju berlengan pendek. Mereka juga tidak mengikat rambut yang telah diwarnai.

 

  1. “Pengkritik Freelance”

Pengkritik-pengkritik sebegini suka mengkritik semua perkara di majlis itu, daripada makanan hingga ke pakaian raja dan permaisuri sehari. Mereka juga tidak mengendahkan bahawa pasangan ini telah mengumpul duit untuk hari istimewa ini.

 

  1. “Groupies”

Ini bagi mereka yang memakai kemeja T yang serupa bagaikan sebuah kumpulan sukan yang akan mewakili majlis perkahwinan tersebut.

 

Pedas, tapi ada benarnya komen Fairoz.

 

Sumber: Fairoz Hussin.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments