6 Fakta Tentang NRIC Singapura Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sembang-sembang je

1. ‘S’ bukan bermakna Singapura

Sebelum tahun 2000, ramai yang percaya huruf sebelum nombor NRIC kita melambangkan status warga negara seseorang itu. S untuk rakyat Singapura. F untuk rakyat negara asing.

Tetapi tidak, huruf ‘S’ adalah huruf abjad ke-19 dan digunakan untuk mereka yang dilahirkan pada tahun 90an.

2. ‘T’ digunakan bukan kerana tiada lagi ruang untuk mula dengan ‘S’

Apabila pemerintah mula mengeluarkan nombor NRIC bermula dengan huruf ‘T’, ramai yang ingatkan kerana tiada lagi ruang untuk mulakan dengan huruf ‘S’.

Mitos lagi. ‘T’ digunakan kerana ia huruf abjad yang ke-20 dan digunakan untuk memisahkan mereka yang dilahirkan pada tahun 90an dan mereka yang dilahirkan selepas tahun 2000.

3. Sama juga dengan huruf ‘F’ dan ‘G’

Jika anda memegang pas pekerja atau pelajar, sebelum tahun 2000, kad pengenalan anda akan bermula dengan huruf ‘F’.

Jika anda memegang pas tersebut selepas tahun 2000, kad pengenalan anda akan bermula dengan huruf ‘G’.

4. Huruf di penghujung NRIC ditentukan menggunakan formula

Ada yang penghujungnya huruf ‘A’, ada yang huruf ‘C’… Main hentam sahaja kah?

Bukan. Sebenarnya, pemerintah menggunakan sebuah formula untuk tentukan huruf penghujung itu. Algoritma itu tidak diberitahu kepada orang awam. Macam algoritma Facebook gitu.

5. Kedua nombor pertama merupakan tahun dan nombor-nombor seterusnya merupakan jumlah bayi yang dilahirkan sebelum anda dilahirkan

Contoh, S8912345X – Anda dilahirkan pada tahun 1989 dan anda adalah bayi ke 12,345 yang telah didaftarkan.

Maknanya, boleh lah teka-teka siapa yang dilahirkan dahulu kalau tengok nombor NRIC itu.

6. Nombor NRIC khas

Berikut adalah 7 nombor NRIC khas yang telah dikeluarkan:

  • S0000001I (Yusof bin Ishak, Presiden pertama Singapura)
  • S0000002G (Wee Chong Jin, Hakim Besar pertama Singapura)
  • S0000003E (Lee Kuan Yew, Perdana Menteri pertama Singapura)
  • S0000004C (Kwa Geok Choo, Isteri kepada Encik Lee Kuan Yew)
  • S0000005A (Toh Chin Chye, Timbalan Perdana Menteri pertama Singapura)
  • S0000006Z (Goh Keng Swee, Timbalan Perdana Menteri kedua Singapura)
  • S0000007H (S Rajaratnam, Menteri Kebudayaan pertama Singapura)

 

Sumber: Goodyfeed

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments