5 Soalan terjawab Tentang Kenyataan Menteri Di Parlimen Hari Ini

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

PM Lee sudah menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen hari ini tentang isu rumah di 38 Oxley Road.

TehTarik mengumpulkan 5 SOALAN yang sudah terjawab:

1. MENGAPA HAL RUMAH NI SAMPAI KE PARLIMEN? LKY SETUJU KE HAL RUMAHNYA DIBINCANGKAN KEPADA AHLI KABINET?

KENYATAAN PM:

Mendiang LKY menulis kepada Kabinet bersama menteri-menteri (kecuali PM Lee) sebanyak 3 kali.
Oktober 2010: LKY inginkan rumah itu dirobohkan
Julai 2011: LKY inginkan rumah itu dirobohkan
Disember 2011: LKY nyatakan rumah itu boleh dikekalkan

2. MAKNANYA LKY SETUJU RUMAHNYA DIUBAHSUAI?

KENYATAAN PM:
Tahun 2012, Encik LKY setuju untuk merobohkan rumah itu kecuali ruang makan di tingkat bawah kerana nilai sejarahnya. Beliau bertemu arkitek, dan permohonan kerja ubah suai diluluskan URA pada 17 April 2012.

3. KENAPA KELUARGA LEE NI GADUH-GADUH. MASUK MAHKAMAH LAGI SENANGKAN?

KENYATAAN PM:
PM Lee tidak mahu mendakwa adik-adiknya kerana beliau tidak mahu memburukkan nama ibu bapanya.

4. BUKANKAH KEMAHUAN MENDIANG LKY HARUS DIHORMATI DAN BELIAU LEBIH BERKUASA DALAM HAL INI?

KENYATAAN PM:
Semua rakyat Singapura sama haknya. Rumah itu dan keinginan mendiang bapanya perlu mematuhi undang-undang Singapura.

5. BAGAIMANA DENGAN TUDUHAN ADIK-ADIK PM LEE TENTANG BELIAU MENYALAHGUNAKAN KUASANYA?

KENYATAAN PM:
PM Lee tidak akan menyalahgunakan kuasanya. Katanya, jika dia menggunakan rumah itu untuk menaikkan kuasanya walaupun sudah menjadi PM selama 13 tahun, itu bermakna beliau dalam kedudukan yang menyedihkan. (“in a pretty sad state”).

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments