5 Perkara Penting Ketika Memilih Pereka Dalaman Untuk Rumah Baru

Sembang-sembang je

Ada orang pernah tertipu oleh pereka dalaman pilihan mereka sendiri dan ada yang sampai kehilangan wang simpanan mereka lagi. Untuk kenal pasti pereka dalaman itulah pilihan terbaik, anda perlu tanya lima soalan ini.
#1 Pereka dalaman itu daftar bersama HDB ataupun tidak?

 

Ada kes pereka dalaman yang wujud untuk menipu pemilik rumah baru! Jika syarikat itu berdaftar dengan HDB, ini bermakna syarikat itu telah jalani latihan dan mereka faham apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan apabila buat renovasi rumah HDB.

 

Lungsuri lelaman ini untuk periksa jika lesen sebuah syarikat itu terdaftar bersama HDB atau telefon 1800-2255432. Anda boleh juga hantarkan SMS kepada 90112222 dengan format berikut: <RRC> <jarak> < Nombor pendaftaran syarikat> atau <RRC> <jarak> <Nama syarikat>.
Mahu ambil langkah lebih lanjut? Periksa kebolehpercayaan kewangan sebuah syarikat di BizFile. Syarikat yang bertanggung jawab tidak akan mempunyai modal bernilai $1 untuk naikkan sebuah syarikat dan pereka dalaman privet pun patut daftar sebagai pemilik tunggal (sole-proprietor) sebuah syarikat.

 

#2 Apakah bidang kepakaran syarikat itu?

 

Setiap orang ada cita rasa tersendiri. Kontemporari ke Bohemian ke… Sama juga dengan khidmat pereka dalaman. Mereka mungkin lebih mahir dalam beberapa konsep rekaan jadi pilih lah syarikat dan konsep yang sesuai dengan cita rasa anda sendiri.

 

Seseorang yang ingin reka dalaman rumahnya perlu ada beberapa idea sendiri, bagaimana mereka ingin rumahnya kelihatan, apa faktor yang harus didahulukan dan jika ia sesuai dengan undang-undang rumah HDB ataupun tidak.

 

#3 Siapa yang akan uruskan projek ini?

 

Pelanggan harus tahu jika pereka dalaman itu yang akan sendiri tangani seluruh projek itu atau mereka akan hubungkan pelanggan bersama koordinator lokasi. Mungkin anda ada hubungan baik bersama pereka itu tetapi dia bukan orang yang akan uruskan renovasi rumah anda hari demi hari. Minta pereka dalaman itu untuk kenalkan anda bersama pengurus projek yang boleh anda senang hubungi.

 

#4 Bagaimana skim bayaran syarikat itu?

 

Amat penting untuk pelanggan tahu bagaimana pereka dalaman itu akan minta bayaran untuk tugas tersebut. Ada syarikat yang minta bayaran seluruh untuk khidmat reka dan pengurusan renovasi. Manakala, ada yang akan minta bayaran asing bagi setiap khidmat yang diselesaikan. Satu tanda amaran ialah jika sebuah syarikat itu mengaku akan ketepikan bayaran atau tidak akan minta bayaran bagi sesuatu khidmat. Jika mereka minta 50% bayaran sebagai wang pendahuluan, berjaga-jaga! Selalunya bayaran diminta secara progresif dalam proses renovasi sebuah rumah.

 

#5 Apakah jadual untuk selesaikan projek ini?

 

Pelanggan disarankan untuk minta jadual yang terperinci dalam bentuk carta Gantt seperti ini:

 

Walaupun ini jadual yang tidak 100% tetap, sekurang-kurangnya pelanggan dapat buat ‘spot check’ sendiri semasa proses renovasi dijalankan. Jika ada apa-apa yang tidak kena, pelanggan juga boleh suarakan kepada syarikat terlibat. Jika renovasi tertangguh, pelanggan dinasihatkan untuk tanya apa yang sebabkan tangguhan itu, bila masalah itu boleh diselesaikan dan jika jadual waktu yang diberikan akan terjejas.

 

Kongsi dengan sesiapa yang perlukan senarai soalan ini. Selamat membina rumah mahligai anda!

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments