4 Bilion Akan Dibelanjakan Untuk Memperbaiki Dan Tingkatkan Mutu Khidmat MRT

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Di forum penyenggaraan prasarana anjuran SMRT semalam, Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan, katakan keandalan sistem MRT menjadi tiga kali lebih baik sejak 2015. Sekarang, beliau mahu mutu khidmat yang lebih tinggi menuju tahun 2020.

Sekitar 4 bilion dolar Singapura akan dibelanjakan oleh pemerintah bagi memperbaiki dan mempertingkatkan rel MRT dalam tempoh lima tahun.

Kata Encik Khaw juga, keseluruhan program berjalan “lebih lancar berbanding apa yang kami bimbangkan”. Satu-satunya pengecualian adalah gangguan khidmat besar pada 28 Jun yang beliau kata berpunca daripada kesilapan pihak pembekal sistem Thales.

Hairan eh. Kata Encik Khaw, khidmat semakin tambah baik. Tapi, ramai pengguna rasa MRT dah semakin sempit dan bergerak semakin perlahan. TehTarik pun fikir-fikir juga lah…

  1. “Satu-satunya pengecualian” adalah gangguan khidmat besar pada 28 Jun. Kalau gitu, gangguan khidmat pada 30 Jun, 2 Julai, 4 Julai, 6 Julai, 7 Julai dan 10 Julai semua tak kira eh? Kalau semua delay disebabkan ujian pengisyaratan tidak terkira dalam semakan, lepas itu asyik rosak sahaja, kita yang naik MRT ini kena tahan sahaja kah sampai semua dah siap sempurna… Hais.

 

  1. Ada yang complain, MRT selalu cakap mereka sedang memperbaiki khidmat mereka tapi kita tak nampak pun. TehTarik berlaku adil. Memang MRT selalu rosak tapi jangan cakap mereka tak buat apa-apa untuk memperbaiki khidmatnya. Mereka baru sahaja keluarkan kereta api baru kan? Siap dengan arah keluar, peta laluan MRT yang lebih jelas dan gambar-gambar kawasan berdekatan dengan stesen MRT lagi. Mungkin sekarang kita tahan dahulu apabila MRT rosak atau gerak perlahan-lahan. Siapa tahu anak-anak kita juga yang akan hidup senang nanti?

Bak kata pepatah… Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

 

Sumber: Berita Harian

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments