35,000 Kubur Islam Singapura Terjejas Dalam Penggalian Semula

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Sebanyak 35,000 kubur orang-orang Islam di Pusara Abadi akan terjejas dengan proses penggalian semula dan pengambilan tapak tanah bagi projek perluasan Pangkalan Udara Tengah, di bahagian barat laut Singapura.

Pada bulan September ini, proses mendaftaran untuk dituntut akan bermula bagi 5000 kubur orang Islam yang terjejas di Pusara Abadi. Ini melibatkan plot-plot kubur bagi Blok 19 dan Blok 20. Kesemua kubur di sini telah memenuhi tempoh pengebumian selama 15 tahun.

Notis bagi 30,000 kubur orang Islam yang lain akan dikeluarkan setelah kubur-kubur itu juga mencapai tempoh pengebumian 15 tahun.

30,000 kubur itu terletak di Blok 15, Blok 21, Blok 22, Blok 25, Blok 26, Blok N-1-1, Blok N-1-2, Blok N-1-3 dan Blok N-1-4.

Berikut adalah gambar kawasan kubur yang terjejas:

Sumber gambar: BERITA Mediacorp

Warna hijau: Kubur-kubur yang akan bermula mendaftaran di September

Warna kuning: Kubur-kubur yang akan dihantar notis setelah memenuhi tempoh 15 tahun

Secara kesuluruhannya, 80,500 kubur akan terjejas di Choa Chu Kang, termasuk 45,500 kubur orang Cina. Proses mendaftaran untuk dituntut bagi kubur-kubur orang Cina akan bermula pada bulan September juga.

Ini diumumkan secara bersama dalam satu kenyataan media semalam (18 Julai) oleh Kementerian Pembangunan Negara (MND), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasan Tanah Singapura (SLA).

Sumber: BERITA Mediacorp

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments