2 Lelaki Ditahan Di UAE: Apa Salah Mereka Dan Apa Patut Dilakukan Sebelum Pergi Ke Negara Lain?

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Ramai yang sudah tahu berita tentang dua orang lelaki Singapura ditahan di Abu Dhabi pada 9 Ogos lalu. Fadli Rahman dan Nur Qistina Fitriah Ibrahim ditahan kerana memakai pakaian wanita di tempat awam dan kelakuan kurang senonoh. Fadli ialah seorang jurugambar fesyen. Menurut laporan, Nur Qistina ialah nama temannya yang sah tetapi Qistina belum lagi buat pembedahan penukaran jantina. Homoseksualiti, gaya crossdressing dan kelakuan transgender merupakan satu kesalahan di Amariah Arab Bersatu (UAE).

Mereka diberi hukuman penjara selama setahun dan mempunyai masa hingga 4 September untuk buat rayuan hukuman. Pihak Kementerian Ehwal Luar (MFA) tahu tentang kes ini dan sedang beri bantuan yang diperlukan. Menteri Luar Vivian Balakrishnan juga telah hubungi keluarga terlibat untuk beri sokongan dan bantuan. Keluarga dan rakan-rakan Encik Fadli sedang merancang untuk lancarkan usaha kutip derma bagi bayaran perkhidmatan peguam.

 Biar ini menjadi satu pengajaran bagi semua. Berikut adalah panduan TehTarik untuk mereka yang nak ke luar negara:

 

  1. Ikut undang-undang dan adat istiadat negara yang dikunjungi. Buat research terlebih dahulu untuk elak dari masalah. Boleh ke kita pakai apa sahaja yang kita suka? Boleh ke kita cakap sembarangan di tempat awam? Silap cakap, kena terajang kang….atau kena lokap jugak… Bottom line is, masuk negara orang, hormat negara orang.

 

  1. Hubungi orang di Singapura. Keluarga Fadli dapat tahu berita mengejut ini dari kawan-kawannya, dan kali terakhir dia hubungi keluarganya, dia hantar selfie sahaja. Bila di luar negara, hubungi keluarga atau kawan rapat di Singapura supaya mereka tahu anda selamat. Lebih baik lagi, kongsi dengan mereka dokumen-dokumen penting seperti passport, IC dan rancangan harian. Kalau tukar rancangan, beritahu mereka juga.

 

  1. Buat rancangan kecemasan. Bukan selalu kita alami krisis bila melancong tetapi siapa-siapa pun boleh kena. Ketahui lokasi Singapore Mission di negara yang akan dikunjungi supaya anda tahu di mana boleh dapatkan bantuan. Daftar rancangan anda di lelaman MFA supaya mereka dapat beri bantuan jika ada kecemasan atau krisis (keganasan, bencana alam dan lain-lain).

Kongsi dengan sesiapa yang nak ke luar negara tidak lama lagi, ok?!

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments