Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden sudah diumumkan

Hal Ehwal Teh-Kini

Sempena Pilihan Raya Presiden tahun ini, lima anggota panel telah dipilih untuk menilai sama ada seorang bakal calon presiden berbangsa Melayu ataupun tidak. Mantan Pengerusi Angkatan Karyawan Islam (AMP) Imram Mohamed akan mempengerusikan jawatankuasa tersebut.

Anggota-anggota yang lain termasuk Fatimah Azimullah, penasihat bagi Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Mohammad Alami Musa, presiden MUIS, mantan setiausaha kanan parlimen Yatiman Yusof dan mantan Anggota Parlimen Dilantik, Zulkifli Baharudin.

Jawatankuasa kecil tersebut adalah sebahagian daripada Jawatankuasa Masyarakat yang dianggotai 16 individu yang akan diterajui oleh Timothy James de Souza, yang juga menganggotai Majlis Presiden bagi Hak Minoriti. Jawatankuasa kecil yang lain adalah bagi kaum Cina, India dan kaum minoriti yang lain. Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden akan dipengerusikan oleh pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) Eddie Teo.

Para bakal calon bagi pilihan raya presiden perlu membuat permohonan bagi mendapatkan sijil kelayakan daripada Jawatankuasa Pilihan Raya. Mereka juga harus menyerahkan perisytiharan masyarakat untuk mengesahkan kaum mereka.

Proses bagi mencari fakta juga akan dijalankan oleh jawatankuasa kecil untuk menentukan sama ada calon tersebut tergolong dalam masyarakat yang dicatatkan. Mereka akan memerlukan calon tersebut untuk memberikan lebih banyak maklumat tentang dirinya. Calon kemudian akan diberi notis jika permohonan mereka diterima atau ditolak.

 

Sumber: TodayOnline dan Berita Mediacorp

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments