10 Undang-Undang Tinggal Di Rumah HDB

Sembang-sembang je

Ramai orang Singapura yang tinggal di rumah pangsa HDB tapi buat tak tahu tentang undang-undang tinggal di situ. Baca dan tengok kalau tahu ke tidak semua di dalam senarai ini:

 

  1. Tidak boleh merokok di laluan koridor dan di kolong block

Merokok di kawasan umum dalam bangunan kediaman seperti kolong blok, tangga dan koridor-koridor merupakan satu kesalahan. Kalau ingin merokok, ia harus dilakukan di dalam rumah atau di luar bangunan.

  1. Tidak boleh pelihara kucing

Menurut HDB, “Kucing tidak dibenarkan di dalam rumah pangsa. Haiwan ini sukar dibendung di dalam rumah. Apabila dibenarkan keluar, bulu mereka akan gugur dan mereka akan buang air besar atau kecil sembarangan di kawasan awam. Bunyi ngiau kucing yang kuat juga mungkin akan mengganggu jiran-jiran.”

  1. Hanya 1 anjing sahaja boleh disimpan

Jenis anjing itu juga harus berada di dalam senarai jenis-jenis anjing yang diluluskan. Mereka yang melanggar undang-undang ini boleh dihukum bayar denda sebanyak $4,000.

  1. Tidak boleh menyewa rumah ke Airbnb

Airbnb boleh mendatangkan modal tapi HDB amat tegas dalam hal sewa rumah yang tidak dibenarkan. Ada pemilik HDB yang ditarik rumah setelah menyewakannya.

HDB mengatakan, “Rumah itu harus disewa sekurang-kurangnya selama 6 bulan setiap aplikasi. Anda tidak dibenarkan menyewa rumah flat atau bilik tidur anda buat masa sementara kerana ia akan mengganggu kehidupan di kawasan itu dan menimbulkan isu keselamatan.”

  1. Tidak boleh bising-bising pada waktu malam

Anda harus sesenyap mungkin antara 10.30 malam dan 7.00 pagi. Maknanya, tidak boleh bising main-main atau membuat kerja renovasi.

  1. Pastikan laluan kawasan umum tidak berhalangan

Ini termasuk lobi lif, koridor dan ruang tangga. Setiap tingkat mesti ada pasu-pasu tumbuhan, tempat jemur baju dan basikal kan? Sepatutnya, barang-barang ini diletak di tempat lain.

  1. Jemuran basah

HDB tidak membenarkan jemuran yang basah digantung di galah di luar rumah. Sama juga dengan mop yang basah. Pastikan barang-barang jemuran tidak lagi menitiskan air sebelum dijemur kering. Betul lah eh, tak pasal-pasal nanti kena marah dengan jiran pula.

  1. Sampah harus dimasukkan ke dalam beg sebelum dibuang

Rumah-rumah lama mempunyai tong sampah yang tersendiri di dalam setiap rumah. Rumah-rumah yang baru pula mengongsi satu tong sampah yang selalunya berdekatan dengan lif di setiap tingkat. Walaupun anda buang sekotak plastik pun, tetap perlu diikat di dalam beg sebelum dibuang.

  1. Menjalankan urus niaga

Anda boleh menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menjana pendapatan dari rumah jika perniagaan itu mengikut peraturan HDB. Perniagaan besar yang perlu mengupah pekerja pula dilarang. Khidmat urut badan juga tidak dibenarkan.

Contoh-contoh perniagaan yang lulus untuk dijalankan adalah penjualan kuih-muih kecil-kecilan, khidmat solekan rambut dan muka, memberi tuisyen hanya kepada seramai 3 pelajar pada setiap waktu dan kerja-kerja freelance seperti penulis atau pelukis.

  1. Perbuatan laku musnah

Ingat tidak kisah seorang wanita yang melilit tangga dengan kertas emas sebagai satu aksi seni? Itu sebenarnya… Dilarang! Perbuatan laku musnah dilarang di seluruh Singapura. Termasuklah grafiti, memusnahkan harta awam atau ‘perubahan’ kepada harta pemerintah yang tidak diluluskan. Perbuatan ini boleh didenda membayar wang, masuk penjara atau kedua-duanya sekali.

 

Sumber: TheAsianParent

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments