10 Fakta Tentang Negara Croatia

Sembang-sembang je

Apabila Croatia disebut, besar kemungkinan anda tidak pasti akan lokasi negara sebesar 56,594 km2 itu di peta dunia. Ditepatkan di antara Bosnia dan Slovenia di Eropah Tengah dan Tenggara, di Laut Adriatik, Croatia telah mengejutkan dunia bola sepak setelah berjaya muncul sebagai finalis perlawanan akhir menentang Perancis di Piala Dunia tahun ini.

 

#1 Ia berumur 27 tahun sahaja

(Sumber: Getty Images)

 

Sebelum kemerdekaan pada tahun 1991, Croatia adalah sebahagian daripada Yugoslavia. Jadi, ia hanya layak ke Piala Dunia FIFA lima kali pada tahun 1998, 2002, 2006, 2014 dan 2018. Wow mereka menjadi finali pada percubaan kelima sahaja, boleh tahan juga!

 

#2 Antara negara Eropah yang sentiasa cerah

(Sumber: EasyVoyage.com)

 

Para pelancong boleh menikmati sebanyak 12 jam sehari diselubungi cahaya matahari pada bulan Mei dan Jun, dan 13 jam pada bulan Julai dan Ogos. Ini bermaksud ia lebih cerah dibandingkan destinasi pelancongan musim panas yang popular seperti Provence, Perancis atau Corfu, Greece. (Panas tu kita boleh tahan, asalkan jangan bahang macam Singapura.)

 

#3 Lokasi filem popular Game of Thrones

(Sumber: HBO)

 

Populariti Croatia justeru semakin meningkat kerana peranannya sebagai set filem untuk siri HBO yang terkenal di seluruh dunia, Game of Thrones. Tembok bandar dan kubu-kubu di Dubrovnik telah menjadi King’s Landing; Trsteno Arboretum di pinggir bandar yang menjadi kebun Red Keep; Fortress of Klis yang digunakan sebagai luaran Meereen; dan St Dominic Monastery di Trogir sebagai bandar Qarth.

 

#4 Ampiteater purba yang terpelihara di dunia

 

Tompang lalu Colosseum, Pula Arena sudah tiba! Ia adalah ampiteater purba Rom abad pertama yang dikatakan antara terpelihara di dunia kerana masih mempunyai empat menara sisi dan ketiga-tiga perintah arkitek Roman. Jika anda melancong ke sini pada festival filem tahunan Croatia pada bulan Julai (cepat, pergi sekarang juga!) nikmati tayangan filem di sana atau sertai konsert muzik yang kerap diadakan juga.

 

#5 Taman Negara yang diiktiraf UNESCO

Croatia mempunyai lapan taman negara, termasuk Plitvice Lakes dan Krka yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Kedua-dua taman tersebut terkenal dengan tasik dan air terjun yang menakjubkan.

 

#6 Muzium yang aneh lagi menarik

(Sumber: Metro.co.uk)

 

The Museum of Broken Relationships di Zagreb mempamerkan objek-objek yang seolah-olahnya biasa sahaja. Namun, terdapat kisah cinta, kesakitan, drama, ironi, kelucuan dan perdamaian tentang hubungan cinta yang putus di sebalik setiap objek. Muzium tersebut teramat popular sehingga cawangan kedua telah dibuka di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun lepas.

 

#7 Rumah Putih tidak mampu dibina tanpa Croatia

(Sumber: TripSavvy.com)

 

Pulau Brac terkenal dengan batu putih mulia yang digunakan dalam pembinaan Istana Diocletian, dan, lebih baru-baru ini, Rumah Putih di Washington DC pada Oktober 1792. Jelas dikatakan bahawa bangunan yang paling simbolik di Amerika Syarikat tidak dapat wujud tanpa pertolongan Croatia.

 

#8 ‘Jurassic Park’ benar pada zaman dahulu

(Sumber: NP-Brijuni.hr)

 

Dinosaur telah menetap di seluruh semenanjung Istria semasa tempoh Cretaceous (79-145 juta tahun yang lalu) juga. Anda boleh melihat tapak kaki dinosaur masih dipelihara di pulau Veliki Brijun di Taman Negara Brijuni. Nikmati juga tunggangan hiburan yang bertema dinosaur di Dinopark Funtana berhampiran Porec.

 

#9 Bertih Coklat rangup dicipta Croatia

(Sumber: Quora)

 

Salah satu bar coklat yang digemari ramai, coklat dengan beras rangup, telah dilahirkan di kilang Zvečevo pada tahun 1963.. Bar coklat yang asli itu bernama Mikado Chocolate with Rice. Ia diperbuat daripada beras yang dikembangkan dengan udara dan 90 peratus coklat susu.

 

#10 Organ laut yang pertama di dunia

(Sumber: Croatian National Tourist Board)

 

Organ paip muzik laut, ataupun Sea Organ, berada di pinggir Zadar dan merupakan organ paip muzik pertama di dunia yang dimainkan secara semula jadi oleh ombak lautan. Terdapat 35 tiub muzik yang disesuaikan dengan lubang wisel di lorong pejalan kaki. Ombak laut membuat bunyi harmony yang rawak. Sea Organ ini dicipta oleh arkitek Nikola Basic pada tahun 2005 dan telah memenangnya Hadiah Eropah untuk Ruang Awam Bandar (European Prize for Urban Public Space).

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments